Thursday, 14 February 2013

Asal Usul Kita

Asal Usul Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645    Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.


Asal Usul Bangsa Melayu
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.



Wednesday, 13 February 2013

Are U Ready For Dictator ??

Salam Reformasi, 1st skali aku nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Cina Pada penganut Buddha seluruh Malaysia hatta Dunia sekalipun (kalau ada org layan blog aku yang bangang ni).

Okeh 2 hari lepas mengenai sambutan hari raya cina di Penang, umum mengetahui dah yang di Penang telah diadakan hari terbuka anjuran BARISAN NASIONAL Pulau Pinang. Dan umum dah tau yang sapa yang mai untuk persembahan tu. Ya, PSY penyanyi Gangnam style yang tarian kudang melebihi kuda kepang johor tu.Sapa yang xtau lagi yang PSY mai Malaysia aritu mohon pi kerat nadi(Bangang X bole di ajar)

Okeh aku malas nak cakap byk, yang aku nampak satu2 faktor yang jemput PSY datang Malaysia adalah sebab
  1. Nak tarik pengundi muda dan pengundi cina di seluruh Penang untuk mendekati BN. Dalam pala otak Najib ingat dengan cara jemput mamat Gangnam ni dapat org mengundi BN.
  2. Yang kedua, Of course sbb PM kita iaitu , Rosmah Mansor minat PSY. Danhiburan yang sewaktu dengannya.

Tuesday, 5 February 2013

ENT : STRUKTUR TELINGA

 


Anatomi telinga dibahagi kepada 3 bahagian, iaitu telinga luar, tengah dan dalam. Telinga mempunyai dwi fungsi iaitu sebagai indera pendengaran dan sebagai alat bantu keseimbangan tubuh badan. Sebagai indera pendengaran, telinga sangat penting dalam proses pembelajaran pertuturan/bahasa. Seorang anak bahkan sejak dari dalam kandungan menggunakan indera pendengaran untuk belajar hal-hal baru dari dunia luar. Gangguan pada pendengaran jika terjadi sejak lahir akan mempengaruhi pada kemampuan berbahasa seseorang, sehingga seorang yang tuli dari lahir biasanya juga menderita tidak dapat bertutur ; kerana dia memang belum pernah mendengarkan bagaimana sebenarnya sebuah kata diucapkan.

Anatomi telinga manusia
 Setiap vertebrata (mahluk hidup bertulang belakang) memiliki sepasang telinga yang letaknya berlawanan yang berfungsi untuk menangkap gelombang suara untuk selanjutnya diteruskan ke otak melalui susunan saraf yang menghubungkan telinga ke otak iaitu nervus vestibulokoklearis. Dan sebagai alat keseimbangan dan untuk mengetahui posisi tubuh.  Secara anatomi, telinga manusia dibezakan menjadi tiga bahagian sebagai berikut :

Sunday, 3 February 2013

#pray4gaza #savepalestine

Oppah Rosmah Style !!!




Wopp.. wopp... oppa gangnam style akan turun malaysia kita yang tercinta !
Sapa lg kalau bukan PSY ( nama lainnya psychiatrics ) ... mcm kita semua tau oppa ni mmg jd fenomena la dalam dunia. Dalam utube pun dah berjuta2 layan video dia. Mmg aku xnafi lagu dia ada tarikan.

Tapi yang aku nak crita ni bukan pasai lagu tu atau singer dia. tapi baru2 ni dgr crita kerajaan Malaysia akan menjemput PSY ni bergangnam di Malaysia sempena Raya Cina nnt. Btul ka??